Wednesday 18 September 2013

Hai... thinking community


Untuk mengekalkan daya saing di peringkat dunia, Malaysia perlu menerima perubahan dan menjadi sebuah negara ekonomi yang dipacu oleh inovasi.
Untuk mencapai matlamat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) & Agensi Inovasi Malaysia (AIM) telah bersama-sama memperkenalkan projek 
i-THINK.

Projek ini membantu pihak sekolah dengan memupuk kemahiran berfikir; menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat; mahir di dalam menyelesaikan masalah dan berupaya menghasilkan jalan penyelesaian secara kreatif di kalangan murid sekolah. i-THINK melahirkan inovator generasi masa depan Malaysia dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis serta berupaya untuk 
menyesuaikan diri dan menangani cabaran pada masa akan datang.

Agensi Inovasi Malaysia (AIM) merupakan badan berkanun yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia untuk memacu dan memperkukuh kemajuan Malaysia dengan mempercepat budaya inovasi.
Penyediaan peluang sama rata serta pendidikan berkualiti untuk semua merupakan fokus utama Kementerian Pelajaran Malaysia. Matlamat pendidikan Malaysia telah dimanifestasikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan tujuan muktamad untuk mencapai wawasan negara dalam menyediakan anak-anak Malaysia supaya menjadi individu yang berpengetahuan dan berkemahiran ke arah menghadapi cabaran Abad ke-21.

Penekanan juga diberi kepada sains, teknologi dan teknologi maklumat, selain daripada menyemai etika moral dan etika kerja yang baik. Ini menjadi tumpuan utama untuk membangunkan kurikulum bertaraf dunia yang akan membantu guru, ibu bapa dan murid agar seiring dengan kadar perubahan ekonomi dan teknologi yang bergerak pantas.


Akses, ekuiti dan pendidikan berkualiti akan memastikan masa depan yang progresif untuk Malaysia, dan turut mengambil kira bidang-bidang yang sukar dicapai. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-10, inisiatif baru dipertingkat melalui kitaran hayat pembangunan pendidikan yang menyeluruh, daripada pendidikan awal kanak-kanak, pendidikan asas dan pendidikan tertiari sehingga ke pendidikan semasa bekerja. Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi pendidikan di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) telah menyediakan pelan hala tuju dengan objektif terperinci, hasil dan tindakan untuk menangani cabaran tersebut dalam memastikan pendidikan berkualiti dapat disediakan kepada semua. (http://www.ithink.org.my)

1 comment:

  1. i-THINK satu usaha yang patut diteruskan dan diterapkan....

    ReplyDelete